PENGENALAN

Pendidikan Islam adalah asas penting dalam pembangunan sumber manusia yang berkualiti, berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam menangani cabaran globalisasi.  Persidangan Serantau Pendidikan Islam 2010  (PSPI 2010) menyediakan platform kepada  semua ahli akademik, penggubal polisi dan pelaksana dasar bagi membincangkan isu-isu, permasalahan, pendekatan Pendidikan Islam dari pelbagai aspek dan mencadangkan penambahbaikan bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di negara-negara serantau.